Nuffnang Ads

Saturday, March 23, 2013

Cika dan Ciki

Assalamualaikum!

Pernah tak korang ada keinginan nak bela haiwan? That's mean, haiwan perliharaan.
Dulu, aku pernah bela kucing. Aku namakan kucing tu, Sayang Ku Rain. Sayang sebab aku sayang dia, Rain sebab warna dia oren Woo twoot  memang dia cuma kucing jalanan yang aku ambil untuk bela. But then,
Aku sayang giler kat dia! Tapi, dia mati selepas 1bulan lahirkan anak-anak dia. Nak tahu tak kenapa dia boleh mati? Hahh ni semua kerja adik aku, adik aku Nurin mandikan Sayang. Sampai demam binatang tu.
Anak-anak dia pun mati tak lama lepas tu. Woowoo sedihkan?

Lepas peristiwa tu, aku tak pernah bela apa-apa binatang. Maybe semut, lalat kat rumah tu, tak consider sebagai haiwan peliharaan kan? Hahaha

Tapi kini tidak lagi.
2 bulan lepas, Fikri bagi aku sekor hamster, Kitaorang namakan dia, Ciki. Dia jantan. Jenis Sirians. Comelll bangett!! Paling suka tengok time dia lari atas roda dalam rumah dia tu. Comel sangat! Jenis sirians ni sangat kuat makan, kencing, uuk(atau berak) . Jadi sangkar tu selalulah kena tukar. Tapi jenis sirians ni lebih friendly berbanding jenis hamster yang lain. Lagi satu , air kencing diorang ni sangat berasid. Boleh dikatakan, rumah diorang punya 'base' tu akan akan meninggalkan kesan asid, atau hakisan warna putih. Jadi kalau korang tengok ada kesan tu, ignore je okay? Kalau rajin, kikis lah kesan tu. Boleh hilang tau.


Ini lah ciki kesayangan aku! Comel kan?

Sebulan selepas tu, Aku tengok ciki macam sunyi je hidup dia. So, aku buat keputusan untuk carikan bini untuk beliau. Banyak kedai haiwan yang aku pergi untuk cari bini si ciki, tapi hampa tak ada.
Harapan terakhir aku adalah sebuah kedai haiwan yang terletak di Bukit Rahman Putra. Kedai ni pemilik nya adalah seorang lelaki cina. Alhamdulillah, dia sudi nak orderkan seekor hamster sirians betina untuk aku.
Nama pet shop tersebut adalah BRP Animal Clinic & Surgery. Boleh like facebook diorang dekat link dibawah:  https://www.facebook.com/brpvet?fref=ts
Apa pun haiwan korang boleh cuba request. Okeyhh??

2 hari hari selepas tu, Ken, pemilik shpo ini hantar mesaj kat aku yang berbunyi:

"Hamster sudah sampai" 

Satu masej yang ringkas dan padat, tapi cukup untuk buatkan aku gembira. 
Iyalah kesian aku tengok ciki, He looks forever alone.Petang tu jugak aku paksa kakak aku pergi amik hamster tu. And finally succeed to buy a female hamster. Thank Allah!

Penat aku fikirkan nama untuk bini beliau. 

Cinna? Citaa? Ciiiii???? Ci apa!!!

Finally aku decided untuk bagi nama kat betina tersebut,

"CIKA"


Setelah cika dan ciki aku kawinkan, aku hadiahkan rumah baru ni untuk diorang.

Appertly, dorang hidup bahagia, aman sentosa. Ciki tak habis-habis ikot buntut cika. Gatal betul ciki ni. Haha Jantan kan..... Satu pagi tu, aku bangun tidur, aku usha dorang. Tersenyum aku tengok dorang tido sama-sama ! Comel sangat. Cepat-cepat aku tangkp gambar nak ingat momment ni Ahhahahaha

Pless rasa bangga kalau nampak diorang tido sama-sama.


Satu perangai cika yang aku tak berkenan, betina ni kan, gila poyo! Nak pegang tak bagi lansung. Takut lah kot. Bila dapat pegang ataupun tangkap dia, dia akan kencing dan uuk  kat tangan korang sesuka hati hati dia. Ciki tak macam tu, ciki really friendly. 
Agaknya memmag perangai lain-lain kot, kan?

Macam nilah keadaan rumah diorang yang berselerak.


Aku pernah dengar kawan aku kata, bila kita jaga binatang dan bahagiakan mereka. Insya Allah mereka akan doakan kebaikan hidup kita. InsyaAllah!aminn..


Comelnya awak yang baca ni !


No comments:

Post a Comment